Saturday, April 21, 2012

~masak..masak~












...ada masa kita share resepi....food preparation kelas...

Saturday, April 14, 2012

~air tangan~




lamanya tak update post..dah berdebu rumah comel sya nie..nak delete tak smpai hati...nie je smpt post..ada masa bersua lagi....







Wednesday, February 29, 2012

~satu perjalanan~

salam ukhuwah sekencang dakwah..lamanya tak menulis..tangan pun dah kaku tak tahu nak kongsi apa..dah bersawang blog nie sepi tanpa bicara...hati berbuak2 nak share sesuatu tapi tak terluah bila dah mengadap laptop..alhamdulillah akhirnya diberi kekuatan..sedar tak sedar,dah satu sem berlalu..sem dua pun dah masuk minggu keempat..exam midsempun dah semakin menghampiri..pelbagai pahit manis pengalaman terpahat sepanjang sem satu..pengalaman yang mengajar erti syukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi..semoga terus dan terus diberi kekuatan untuk menyusuri satu perjalanan yang bernama sebuah kehidupan..mendamba redha dan rahmat dari-NYA..



teman seperjuangan sepanjang 4tahun perjalanan menuntut ilmu....
satu perjalanan mendamba redha Ilahi..semoga usia ini dalam keberkatan-NYA...

Friday, November 4, 2011

~Salam Aidiladha~


salam aidiladha dan selamat bercuti....

renungan bersama :
Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Wednesday, November 2, 2011

Fasa Baru..



salam ukhuwah sekencang dakwah...semoga saya dan anda semua dalam rahmat-NYA selalu.dah terlalu lama rasanya tak mencoret sesuatu.alhamdulillah,hari nie Allah bagi kekuatan dan kesempatan untuk saya berkongsi bicara dari hati.pejam celik2,sedar tak sedar dah masuk dua bulan secara rasminya saya bergelar student bachelor of diatetic...dan hari nie dah selesai tiga paper untuk mid-sem dan bakal bersambung after mid-break.selama dua bulan nie,dapat mcm2 pengalaman baru...kena naik bas tiap2 hari bcoz student baru tahun nie kena duk luar..kadang2 terpaksa jalan kaki...mujahadah untuk menimba ilmu..awal2,terasa sedikit tension bila naik bas terpaksa berhimpit2...tapi,bila fikir2 balik..secara positifnya,alhamdulillah..Allah bagi rasa kesukaran dulu..semoga kejayaan nanti akan terasa manisnya..insyaallah...saya perlu bermujadahah untuk memastikan fasa baru nie sentiasa dalam redha-NYA..amin..undur diri dulu..semoga Allah memberi kekuatan pada saya dan pada semua untuk terus berjalan dibumi-NYA....

~sedikit renungan bersama~
Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Thursday, April 21, 2011

Perkongsian...~peliharalah cintamu~

pesanan buat diri dan sahabat-sahabat...isikanlah kekosongan hatimu dengan cinta Ilahi....jangan biarkan angan-angan sepi menguasai dirimu hingga asyik dibuai mimpi dan impian bertunjangkan nafsu semata-mata...jangan biarkan hatimu lelah menagih cinta insani hingga lupa Pada Pemilik Cinta Yang Hakiki...dambalah cinta Ilahi,sibukkanlah dirimu dengan dengan mengingati Penguasa Dunia yang fana ini...cintailah Allah,insyaallah kau dan dia akan dipertautkan di bawah naunganNya..tapi,ingatlah diriku dan dirimu janganlah terlalu memikirkan soal hati dan perasaan sehingga amanah sebagai hamba,anak,pelajar,sahabat terabai..sememangnya tak mampu disangkal ia fitrah namun tuntunlah ia sebaik mungkin....Ya Rabbul Izzati,ku pohon isikanlah kekosongan relung hatiku dengan cintaMu....



Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku….
Di belahan Bumi manapun kamu berada. Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna, dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu. Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana ia akan membuatkanku mengingatmu. Bererti memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari…

Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung. Ada ingin tetapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.

Mungkin kau tak peduli. Tetapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah. Dan tidak lebih dari wanita biasa. Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas. Meniru gaya para ustaz, meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau tergugat.



Kerana kau hanya manusia – hanya wanita. Berilah sepenuh diri kepada  lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.
Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah. Atau kejarlah sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan oleh Khadijah. Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir di dalam kitab suci.

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati….

Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu. Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.

Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.



Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.